MATEMATIK KERTAS 1
| TIP UPSR : CARA BETUL MENJAWAB MATEMATIK KERTAS 1
Gagal menjawab soalan penyelesaian
masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi
Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak
menunjukkan jalan pengiraan. Sehubungan
itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi
tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.
KERTAS 1
Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan
objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk
persamaan dan penyelesaian masalah. 8-10
soalan disoal dalam bentuk persamaan (membabitkan nombor dan simbol
matematik). Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu
berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai
tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut
peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran
unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.
Dalam lingkungan 30 soalan lagi adalah jenis penyelesaian masalah yang
boleh dilihat dalam 2 bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan
sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar. Sebelum menjawab,
calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya 2 kali. Kenal pasti
maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah
mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu. Calon
juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang
tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’,
‘diskaun’ dan sebagainya.
Perkara
penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah
yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir. Setelah
mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula
langkah pengiraannya. Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada
maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka
dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah,
tolak, darab dan bahagi).
Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat
matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.
Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu
lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan
sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.
Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf,
jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana
sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian
maklumat lagi dalam pernyataan soalan.
Contoh;
Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours. He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left? Pak
Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu
kepada jiran-jirannya. Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.
Berapakah peratus durian yang tinggal?
A. 5 B. 20 C. 80 D. 240
Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan. Tiga maklumat utama, iaitu; i) Pak Abu ada 400 durian ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya. iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.
Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left). Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal. Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu: 1/5 x 400 = 80
Seterusnya
cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah
kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul
ialah: 3/4 x ( 400 - 80 ) = 240
Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu: 400 - 80 - 240 = 80
Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada
calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi
langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti
durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu; 80/400 x 100% = 20% Jawapan: B. 20
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat
pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang
dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu: 3/4 x 400 = 300
Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu: 400 - 80 - 300 = 20
Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu: 20/400 x 100% = 5%
Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah: 1) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri. 2) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan. 3) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat. 4) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan. 5) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula. 6) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan. 7) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|